Saturday, August 3, 2013

HATI KESUNYIAN

Assalamualaikum..........

Tiba-tiba hatiku terasa, rasa yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Kerana diri ini terasa sunyi apabila melihat kawan-kawan ramai yang sudah kahwin dan ada yang bertunang. Terasa disudut hati ini berkata layakah aku dicintai dan dikasihi oleh seorang perempuan. Hanya apa yang dapat aku buat adalah memendam rasa ini dan menghadapi Takdir dari Ilahi. Mungkin belum masanya, Tapi mengharap kasih yang datang, tapi bilakah akan datang?????????

Manusia hanya merancang
Allah yang menentukan segalanya.......


Terima Kasih Allah SWT atas nikmat yang diberikan keatas ku....... Allahamdullilah.....

Wednesday, July 31, 2013

Jualan gudang Coklat Muzium Kota Damansara 1 hingga 3/08/2013

Salam semua pembaca blog........

saya ingin menjemput semua datang ke muzium coklat kota damansara sempena jualan gudang hari raya, terdapat bermacam jenis coklat tempatan dan luar negara yang dijual dengan harga yang berpatutan dan harga kilang. apa lagi nak tunggu marilah datang beramai-ramai ke muzium coklat yang terletak di kota damansara. jangan terlepas hanya 3 hari sahaja bermula dari 1 ogos sampai 3 ogos 2013.


Jadikanlah coklat sebagai hadiah untuk orang yang tersayang di hari raya ini,
agar dapat mengeratkan lagi hubungan dengan orang tersayang


Ramadan pergi rasa cinta
Syawal datang rasa kasih





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Saturday, July 20, 2013

KISAH CINTA SEPANJANG HIDUP

Assalamualaikum.............

Sepanjang hidupku ini banyak berlaku ada yang pahit, ada juga yang manis. itulah lumrah kehidupan kita jika tiada pahit mana datangnya manis. apa yang hendak aku luahkan sepanjang hidup ini aku terasa begitu sunyi sebab tak merasa apa itu cinta. cinta dari keluarga itu biasa. yanga aku cuba sampaikan adalah cinta dari seorang wanita. Bermulanya kisah semasa tingkatan 6, aku cuba mendekati seorang gadis yang sama kelas dengan ku. aku cuba memikatnya dengan memberi apa yang dia suka. dan ada pada suatu masa, masa hari jadinya saya menghadiahkan dia patung pooh.tapi apakan daya segalanya tak menjadi kerana dia menolak pada hari terakhir kami tamatkan persekolahan. walaupun dia tak menjadi temanku tapi kami masih kawan. apa yang menyebabkan aku terasa adalah dia kahwin tak menjemputku langusng. tapi aku doakan dia bahagia.dah bukan jodoh ku.

Tamatlah zaman cinta disekolah sempat merasa walaupun sekejap. Masuklah zaman Universiti, aku cuba juga mencari untuk mengisi kekosongan ini. hendak dijadikan cerita aku minat pada seorang gadis didalam kelas yang sama, kami berkawan dan lama kelamaan aku cuba meluahkan apa isi hati tetapi dia berkata dia sudah berpunya. Apalah nasib diri ini, bila mencuba ada je yang menolak. dah bukan rezeki dan jodoh ini.

Itu cerita Zaman sekolah dan universiti. kini aku telah berkerja di sebuah kilang Chocolate. disinilah aku mulakan hidup yang baru dan terus juga mencari. mula-mula aku kerja dibahagian kilang selepas muzium coklat dibuka aku dimintak bertugas kesana. kini telah 7 bulan aku kerja di kilang coklat ini. bermacam karenah yang aku jumpa semasa berada disini. aku terus juga mencari apa yang aku hendak. ada jumpa tetapi aku tidak berani untuk berhadapan dengan gadis tersebut dan melepas begitu sahaja, menyesal tak sudah jadinya. aku tetap terus mencari dari kumpulan yang datang ke muzium, ada tetapi banyak yang kecundang. ada dapat satu dapat nom gadis universiti tapi bila hantar teks pesanan lambat balas dan ada juga tak balas langsung. lepas tu ada juga jumpa yang lain, yang ni langsung tak dapat buat apa-apa kerana dapat facebook tapi tak boleh nak jadi kenalan. itulah cerita hidupku aku hanya berserah pada Allah menentukan jodohku.


semakin lama semakin menyepi bilakah hidup ini akan terisi.

Monday, June 10, 2013

Asalamualaikum semua.......... Dah lama tak menulis. Kini telah setengah tahun 2013, aku kini telah berkerja di sebuah kilang coklat yang di usahakan oleh orang Melayu kita. Telah 6 bulan aku kerja disitu, bermacam-macam pengalaman yang aku timba disini dari tak tahu buat coklat, sekarang dah boleh buat coklat sendiri. Disitu juga aku belajar untuk berhadapan dengan bermacam ragam pelanggan yang datang ke coklat muzium dari yang kecil sampailah yang dewasa. Tapi kadang-kadang aku tak faham kenapa orang Melayu kita perlu bergaduh sesama sendiri sedangkan kita di bawah satu bumbung. Sepatutnya kita mestilah tolong sesama sendiri, ini tidak semua pentingkan diri sendiri. Dan lagi satu orang Melayu kita ni mudah lupa kerana bila mata dah dikaburi dengan wang dan harta benda lupa segalanya. Kadang-kadang tu ada masa tak pedulikan tentang kebajikan pekerja yang bagi hasil kepada dia. Sedarlah tanpa orang bawahan tiada atasan. Tiada kerja tiadalah duit. Sepatutnya kita perlu menjaga kebajikan pekerja dengan beri sesuatu yang boleh memberi dorongan dan semangat kepada mereka seperti bonus dan macam-macam lagi. Duit bukan boleh di bawak mati. Jika kita jaga pekerja, pekerja akan hormat kita. Ingat-ingatlah....... Sekian........

Wednesday, December 12, 2012

Assalamualikum....... semua
kini sudah tiba di hujung tahun 2012. banyak yang berlaku sepanjang tahun ini ada yang pahit dan ada yang manis. walau apa pun kita harus bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat hidup yang kita nikmati sekarang. keranaNya kita hidup dalam aman dan tenteram. Bagi saya tahun ini adalah semunya baik dan banyak pengalaman yang ditimba sepanjang tahun ini. tetapi kekadang tu perasaan ni terasa kekosongan dan perlukan sesuatu untuk mengisi kekosongan ini. hidup mesti diteruskan walau apa pun terjadi, tak kira kosong ataupun tidak. kekadang terfikir juga kenapa sesetengah masyarakat sudah hilang rasa kemanusiaan terhadap kanak-kanak. mereka tidak berdosa dan tak tahu apa-apa lagi tentang hidup didunia ini. kanak-kanak adalah anugerah yang paling indah bagi pasangan suami isteri dan patut diajar dengan baik. ini adalah anugerah dan amanah dari Allah SWT kepada kita. walaupun kita marah cuba jangan lepaskan pada kanak-kanak kerana ia akan membawak kesan buruk pada masa akan datang. jadi hargailah kanak-kanak kerana mereka bakal memimpin negara pada masa hadapan

Friday, October 5, 2012

Kisah adik angkat ku berbangsa cina

Assalamualaikum.........

Sudah lama tak update blog ini. Kisah ini bermula pada tahun 1998 iaitu tahun adik angkat dilahirkan di WP.Labuan. Kisah menjaganya bermula dari dia masuk hospital kerana tersedak susu dan doktor mengesahkan bahawa peluang untuk dia hidup adalah tipis. Mak kepada adik angkat ini tak tahu nak bagi siapa jaga kerana banyak mendengar kata orang yang anak dia akan membawak kesan buruk kepada keluarga hanya sebab kata doktor.

Lalu keluarga kitaorang menawarkan diri untuk jaga anak tersebut atas sebab maknya adalah kawan baik abah dan ibu. Lalu kitaorang menjaganya. Apabila kami menjaganya, dia menjadi lebih sihat dan aktif. Semakin lama kami menjaganya semakin dia bertambah sihat dan bertambah cergas. Kami selalu juga membawa dia berjumpa keluarga kandungannya. Apabila mereka lihat keadaan anak mereka begitu, mereka tidak percaya bahawa anak mereka boleh jadi begitu comel dan sihat.

Lama kelamaan ahli keluarganya memintak kembali untuk menjaganya, ini kerana mereka ingat kami hendak menjaga anak itu terus. Lalu mengambilnya. Selama beberapa bulan mereka tidak bagi anak tersebut berjumpa dengan kami. Rasa hati kami amatlah sakit di buat begini sampai ibu menitiskan air mata kerana tak dapat berjumpa. Selepas beberapa bulan tersebut barulah mereka bagi berjumpa. Ini kerana, salah seorang dari ali keluarga mereka mula sedar pekara ini lalu membawa dia berjumpa kami. Masa berjumpa itulah kami melepaskan rindu. Apabila berjumpa melihat dia semakin lama semakin susut berat badan. Kami terasa amat sedih. Keadaan ini terus jadi begitu sehingga kami pindah dari WP.Labuan.

Setelah kami pindah pun kami masih berhubung dengan dia. Ada satu masa tu, dia ada datang ke sini, bersama ahli keluarga lain untuk bercuti di tioman. Semasa di sini sempat juga kami berjaga beberapa hari. Selepas itu, kami mendapat cerita bahawa kaki dia hendak diubat kerana dia sering jatuh. Ini kerana mak dia terlalu mendengar cakap kawan-kawan supaya kakinya di betulkan. Makin lama kelamaan kaki dia menjadi semakin teruk berubat sana dan sini masih sama juga tak baik-baik. Sehingga dia menjadi semakin kurus. Abah dan ibu marahkan mak dia kerana buat begitu. Sebenarnya dia memerlukan kasih sayang dari keluarga. Kali terakhir kami jumpa dia adalah perubahan sedikit. Kami amat sayangkan dia. Dari dulu sehingga sekarang banyak percubaannya. Mereka pun makin lama telah sedar tentang pekara ini.

Walau bagaimana pun, walau apa keadaan pun, walau apa jua masalah kesihatan yang dia hadapi. Kami tetap menyaingi dia sehingga akhir. Fikirkan lah sekaya mana pun kita jangan lupa memberi kasih sayang kepada keluarga dan semiskin mana pun kasih sayang terhadap keluarga tetap ada. Jadi jangan ingat duit boleh beli segalanya dan tak mengira apa pun bangsa kita patut menghormati dan menyangi mereka. Itulah kisah secara ringkas tentang adik angkatku berbangsa Cina. Sekian.

Wednesday, July 6, 2011

Kembali lagi...........setelah lama menyepi......

Assalamualaikum WBT......

Sudah lama tak update blog ini. Bagaimanalah pemikiran orang melayu sendiri mudah di cemari anasir-anasir jahat sehingga hendak menentang kerajaan sendiri. bagi pendapat saya, pekara sebegini tak patut berlaku kerana kerajaan telah membuatkan negara ini aman dan di pandang oleh seluruh dunia. kita seharusnya bersyukur atas kurnian Allah SWT terhadap negara ini diberi keamanan, kekayaan, kemajuaan dan lain-lain lagi. tak seperti negara-negara lain seperti di korea, mempunyai pergolakkan yang tak berkesudahan. Hendakkah kita hidup dalam kemiskinan, ketakutan akibat dari peperangan sesama sendiri. konon nak buat perhipunan bersih tetapi ada agenda lain iaitu ingin memusnahkan negara sendiri dari pemimpin yang mementingkan keinginan dan kesenangan sendiri bukan memikirkan untuk rakyat sendiri.

disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. renung-renungkanlah dan fikirkanlah secara rasional tentang pemasalahan ini. jika tak ingin lihat generasi akan datang merana di sebabkan kesilapan kita sendiri, fikirkanlah.............
kata-kata ini adalah hanyalah pendapat dan tak ingin melihat kejadian lama berulang kembali.

Sekian terima Kasih.........