Friday, October 8, 2010

Keindahan Alam Semulajadi


Dengan mata kita melihat keindahan alam
Dengan telinga kita mendengar bunyi alam
Dengan hidung kita menghidu bau alam
Dangan hati kita merasai nikmatnya alam ini

Begitu indahnya alam yang diciptakan oleh NYA
Hayati, rasai, nikmati, keindahan yang masih tinggal
Begitu hijaunya pokok
Begitu birunya laut
Begitu merdu suara fauna
Begitu segar bau flora

Adanya pokok menghiasi bukit bukau
Mengindahi pandangan mata
Adanya laut member sumber makanan
Kepada manusia
Adanya bau yang segar
mengubat segala penyakit

Jadi hargailah ia ketika masih ada
Jangan menyesal di kemudian hari
Jagalah ia untuk generasi akan datang
Agar mereka kenal apa itu alam…………………….

Thursday, July 15, 2010

Kenangan Yang Takkan Terpadam

Assalamualikum............ kini kembali..................

Hari-hari terakhir di unitar@unirazak semasa mengambil subject project paper dan seminar paper. Pada awalnya subject in tidak di offer pada sem pendek, kerana subject ini agar sukar untuk di buat. tetapi setelah dibuat rayuan oleh student yg tinggal subject ini, akhirnya setelah di pertimbangkan oleh dekan fakulti, subject tersebut telah diluluskan.

Seramai 18 orang student mengambil subject ini. setelah masuk sem pendek bermulah tekanan untuk subject itu. pada awal sem kita orang telah di beri perkenalan serba sedikit tentang project paper dan seminar paper. apa bila masuk minggu kedua, kami di beri tajuk utuk di buat kajian. pada mulanya tajuk tersebut adalah Pasar malam, tetapi telah di tukar kepada kolej dan universiti sebagai tempat tarikan pelancong. kami agak terkejut dan terkedu sebentar apabila terdengar tajuk tersebut.

Tajuk yang diberikan ini agak mencabar minda kami, untuk fikirkan apakah produk yang sesuai untuk di keluarkan dari universiti atau kolej sebagai tempat tarikan pelancong. Masuk minggu kedua dan seterusnya, kajian kami pun bermula dan tekanan pun menghantui kami. Bermacam-macam benda yang harus kami buat, terpaksa mengorbankan masa, wang, dan rehat untuk menyiapkan project ini. Setiap dua minggu, kami akan membentangkan apa saja maklumat yang kami dapat. Sepanjang Minggu ada saja tekanan yang kami hadapi. Ada di antara kami yang masuk hospital di sebabkan maigrin dan ada yang steres.

Tetapi kami tetap gembira walaupun dalam keadaan steres dan penat. Dalam kesibukan ini, sepat juga kami bergambar untuk melepaskan tension dan sebagai kenangan terakhir. Inilah hasilnya:










Inilah kenangan terakhir bersama-sama kawan-kawan. kenangan ini adalah yang akan kami kenang selamanya. hati ini agak sedih untuk meninggalkan zaman di universiti. Bilakah lagi dapat mengalami pengalaman yang sama. Agak susah nak kembali kan kenangan ini apabila semua dah dialam kerja.

"Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang"

Petikan lagu Sudirman
Salam Terakhir..........................

Sampai disini saja kenangan ini
Akan ku abadi kenangan terindah
Bila berjumpa akan berpisah
Bila berpisah mungkin akan jumpa
Tetapi tidak tahu bilakah agaknya.

sekian..............................

Friday, April 9, 2010

Permulan yang baru...........................................

Assalamualaikum................

Inilah pertama kali aku menulis blog ini........

Hidup kita ibarat roda yang berputar bila ia berhenti maka musnah segalanya.

Dalam hidup ini kita mestilah bersabar dalam menempuh segala cabaran yang menimpa
dan kita ambikla ia sebagai pendorong dan semangat untuk membaiki diri dan memajukan diri.
kesabaran dan ketabahan perlu ada dalam menempuh segala rintanagan yg mendatang dan kekuatan iman untuk mengukuhkan lagi cabaran yang bakal di tempuhi.

Setiap cabaran yang di tempuhi ada hikmah dan kebaikan yang akan mengubah hidup kita
kearah kesempurnaan hidup dan Iman kita terhadap Allah.
Allah mengarah kita menutut ilmu kejalanNya dan kebaikan diri sendiri supaya kita beriman kepada Nya.

sampai disini dahulu kata-kata yang dapat di luahkan
dari jiwa yang tenang bak air laut
bergelora bila dilanda ombak
bagai pokok bergoyang tenang
hancur bila dilanda taufan.

sekian sahaja dulu dan sekarang